Pelancongan Kuala Terengganu

Antara tempat menarik adalah Taman Tamadun Islam, Wisma Darul Iman, Kampung Cina (Kuala Terengganu Chinatown), Pasar Payang, Istana Maziah, Muzium Negeri Terengganu, Pantai Batu Burok, Pulau Duyong, Masjid Kristal, Bazaar Warisan, Payang Walk, Bukit Puteri, Kuala Terengganu Waterfront, Pulau Warisan dan Kompleks Kraf Noor Arfa.

Kuala Terengganu terkenal dengan produk kraf tangannya yang bermutu tinggi terutama tenunan Songket, Batik, ukiran tembaga dan kayu. Produk kraftangan Terengganu menjadi koleksi ekslusif di seluruh dunia.

Seterusnya, Kuala Terengganu juga terkenal dengan keunikan kesenian kebudayaan seperti tarian Ulek Mayang, Tarian Rodat, Tarian Saba, Tarian Balai, Tarian Gayung Otar-Otar, permainan Gasing dan Wau.

Penduduk Kuala Terengganu yang terkenal sebagai pelaut dan pelayar yang cekap memiliki kemahiran tinggi dalam membuat dan mengukir perayu nelayan, perahu kolek, setak, sekoci, jalur dan yang paling masyur ialah perahu payang yang menerima tempahan dari serata pelosok dunia. Lokasi pembuatan perahu masih kekal dari dahulu hinggalah sekarang termasuk di Kampung Losong, Duyung, Telok Pasu dan Pulau Rusa.

Pantai dan Pulau-pulau yang berada didalam kawasan Kuala Terengganu seperti Pulau Bidong, Pulau Duyung, Pantai Batu Burok, Pantai Teluk Ketapang merupakan destinasi kunjungan dan pelancongan utama dari dalam dan luar negara.

Kuala Terengganu kini semakin mendapat tempat di mata dunia di mana pelbagai kejohanan sukan bertaraf kebangsaan dan antarabangsa diadakan di bandaraya Kuala Terengganu. Antaranya ialah Piala Monsun Terengganu, Sultan’s Cup Endurance Ride, Kenyir Lake Challenges, dan FEI World Endurance Championship.

Berkaitan